Sunday, January 2, 2011

Jom! Kenali Logo KLKM...

Keseluruhan logo berbentuk sehelai daun yang bermaksud:

Logo rasmi KLKM
• Alam semulajadi yang dipenuhi oleh daun-daun hijau.

Kelanasiswa haruslah sentiasa menghargai dan mencintai alam semulajadi.
Tali disekeliling logo yang berakhir dengan ikatan buku sila membawa maksud:

• Ahli kelanasiswa yang berada di bawah satu kumpulan dengan satu ikatan teguh terjalin antara satu sama lain.



Lambang Pengakap ditengah-tengah logo memberi maksud:
• Satu identiti pergerakan Pengakap yang tersendiri.

Bunga padi dikiri dan kanan logo bermaksud:
• Ahli-ahli kelanassiswa haruslah mengikut resam padi, semakin berisi, semakin menunduk. Dalam erti kata yang lain, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin kita merendah diri.
• Padi yang kuning, sedia untuk dituai dan ianya boleh diertikan sebagai kelanasiswa sentiasa bersedia untuk memberi hasil yang terbaik dan bersedia untuk berkhidmat.

Mata pena dibelakang logo pula bermaksud:
• Ahli kelanasiswa adalah mahasiswa yang sentiasa mendampingi ilmu dengan menggunakan pena sebagai simbolik alat tulis yang tidak jemu berkhidmat.
• Warna putih keperakan pena tersebut pula membawa maksud perkhidmatan mestilah dengan niat suci dan bersih.

Latar belakang biru logo pula bermaksud:
Kedamaian yang sentiasa wujud di antara ahli-ahli kelanasiswa.

Manakala warna hijau di bahagian bawah logo pula adalah:
• sebagai simbolik ianya adalah warna rasmi Pengakap Malaysia.

No comments:

Post a Comment