Monday, March 28, 2011

SEJARAH PENGAKAP(SCOUT HISTORY).

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

PERKHEMAHAN VIGIL 2011

 
                                                                 ISTIADAT PAGI
                                                 UPACARA PENUTUP DAN BERGAMBAR
                                                          SLOT MASAKAN RIMBA
                        BERSAMA SPIDER ROVERS CREW ,PENOLONG PESURUHJAYA
                        DAN JUGA PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH ALOR GAJAH

                                                  PENYERAHAN SIJIL PENTAULIAHAN OLEH
                                              PEN.PESURUHJAYA PENGAKAP ALOR GAJAH




                               UPACARA PEMASANGAN APOLET OLEH KELANA ALOR GAJAH
                                              WAKIL KELANASISWA UniKL MICET



                                          MAJLIS PENUTUP DAN PENTAULIAHAN





                                                     PENYERAHAN TUGAS SENTRI

Sunday, January 23, 2011

KLKM open Day..

Warga MICET yang berminat untuk mengikuti program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini boleh mendaftar ketika KLKM OPEN DAY pada ketetapan seperti berikut...

Tarikh: 29 JANUARI 2011
Tempat : DK 2
Masa : 1.00 pm
(selepas RSBS 1)

Thursday, January 20, 2011

MICETians....!!

Let's join us...

# Pendaftaran ahli baru

# Ekspedisi Gunung Datok bersama Kelab Silat Cekak UniKL MICET

# Kursus Asas Pengakap bersama KLKM Alor Gajah

# Kursus Ikhtiar Hidup di Kem Perkhemahan Pengakap Alor Gajah
dan pelbagai aktiviti lain...



Wednesday, January 19, 2011

Kelab KLKM UniKL MICET

Sebenarnya...

KLKM UniKL MICET telah lama ditubuhkan.Tetapi masih ramai yang belum menyedari kewujudan kumpulan ini kerana program-program yang dijalankan tidak dibuka kepada bukan ahli. Ini kerana kumpulan ini banyak mengikuti program-program luar seperti Jambori Pengakap dan Kursus Iktiar Hidup.

Jadi,...

untuk membuka peluang kepada para pelajar UniKL MICET, kumpulan ini didaftarkan sebagai
Kelab KLKM UniKL MICET...

Sunday, January 2, 2011

Jom! Kenali Logo KLKM...

Keseluruhan logo berbentuk sehelai daun yang bermaksud:

Logo rasmi KLKM
• Alam semulajadi yang dipenuhi oleh daun-daun hijau.

Kelanasiswa haruslah sentiasa menghargai dan mencintai alam semulajadi.
Tali disekeliling logo yang berakhir dengan ikatan buku sila membawa maksud:

• Ahli kelanasiswa yang berada di bawah satu kumpulan dengan satu ikatan teguh terjalin antara satu sama lain.



Lambang Pengakap ditengah-tengah logo memberi maksud:
• Satu identiti pergerakan Pengakap yang tersendiri.

Bunga padi dikiri dan kanan logo bermaksud:
• Ahli-ahli kelanassiswa haruslah mengikut resam padi, semakin berisi, semakin menunduk. Dalam erti kata yang lain, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin kita merendah diri.
• Padi yang kuning, sedia untuk dituai dan ianya boleh diertikan sebagai kelanasiswa sentiasa bersedia untuk memberi hasil yang terbaik dan bersedia untuk berkhidmat.

Mata pena dibelakang logo pula bermaksud:
• Ahli kelanasiswa adalah mahasiswa yang sentiasa mendampingi ilmu dengan menggunakan pena sebagai simbolik alat tulis yang tidak jemu berkhidmat.
• Warna putih keperakan pena tersebut pula membawa maksud perkhidmatan mestilah dengan niat suci dan bersih.

Latar belakang biru logo pula bermaksud:
Kedamaian yang sentiasa wujud di antara ahli-ahli kelanasiswa.

Manakala warna hijau di bahagian bawah logo pula adalah:
• sebagai simbolik ianya adalah warna rasmi Pengakap Malaysia.