Warga MICET yang berminat untuk mengikuti program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini boleh mendaftar ketikaKLKM OPEN DAYpada ketetapan seperti berikut...
KLKM UniKL MICET telah lama ditubuhkan.Tetapi masih ramai yang belum menyedari kewujudan kumpulan ini kerana program-program yang dijalankan tidak dibuka kepada bukan ahli. Ini kerana kumpulan ini banyak mengikuti program-program luar seperti Jambori Pengakap dan Kursus Iktiar Hidup.
Jadi,...
untuk membuka peluang kepada para pelajar UniKL MICET, kumpulan ini didaftarkan sebagai Kelab KLKM UniKL MICET...
Keseluruhan logo berbentuk sehelai daun yang bermaksud:
Logo rasmi KLKM
• Alam semulajadi yang dipenuhi oleh daun-daun hijau.
• Kelanasiswa haruslah sentiasa menghargai dan mencintai alam semulajadi. Tali disekeliling logo yang berakhir dengan ikatan buku sila membawa maksud:
• Ahli kelanasiswa yang berada di bawah satu kumpulan dengan satu ikatan teguh terjalin antara satu sama lain.
Lambang Pengakap ditengah-tengah logo memberi maksud:
• Satu identiti pergerakan Pengakap yang tersendiri.
Bunga padi dikiri dan kanan logo bermaksud:
• Ahli-ahli kelanassiswa haruslah mengikut resam padi, semakin berisi, semakin menunduk. Dalam erti kata yang lain, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin kita merendah diri.
• Padi yang kuning, sedia untuk dituai dan ianya boleh diertikan sebagai kelanasiswa sentiasa bersedia untuk memberi hasil yang terbaik dan bersedia untuk berkhidmat.
Mata pena dibelakang logo pula bermaksud:
• Ahli kelanasiswa adalah mahasiswa yang sentiasa mendampingi ilmu dengan menggunakan pena sebagai simbolik alat tulis yang tidak jemu berkhidmat.
• Warna putih keperakan pena tersebut pula membawa maksud perkhidmatan mestilah dengan niat suci dan bersih.
Latar belakang biru logo pula bermaksud:
• Kedamaian yang sentiasa wujud di antara ahli-ahli kelanasiswa.
Manakala warna hijau di bahagian bawah logo pula adalah:
• sebagai simbolik ianya adalah warna rasmi Pengakap Malaysia.