Monday, March 28, 2011

SEJARAH PENGAKAP(SCOUT HISTORY).

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

PERKHEMAHAN VIGIL 2011

 
                                                                 ISTIADAT PAGI
                                                 UPACARA PENUTUP DAN BERGAMBAR
                                                          SLOT MASAKAN RIMBA
                        BERSAMA SPIDER ROVERS CREW ,PENOLONG PESURUHJAYA
                        DAN JUGA PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH ALOR GAJAH

                                                  PENYERAHAN SIJIL PENTAULIAHAN OLEH
                                              PEN.PESURUHJAYA PENGAKAP ALOR GAJAH




                               UPACARA PEMASANGAN APOLET OLEH KELANA ALOR GAJAH
                                              WAKIL KELANASISWA UniKL MICET



                                          MAJLIS PENUTUP DAN PENTAULIAHAN





                                                     PENYERAHAN TUGAS SENTRI