Sunday, December 12, 2010

Apa itu KLKM?


Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya K.L.K.M adalah terdiri daripada gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia yang bertaraf sebagai sebuah negeri di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia.

Dan...
Syarat-syarat keanggotaan KLKM adalah terdiri dari institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian sekurang-kurangnya bertaraf diploma secara sepenuh masa dan berterusan seperti universiti, politeknik, kolej dan sebagainya. Setiap institut pengajian tinggi yang mempunyai kumpulan pengakap KLKM dianggap sebagai satu daerah di bawah negeri KLKM.